TIPS 1 : Mudahnya Hadiri "Interview"

by - November 25, 2010

"INTERVIEW" kadangkala menjadi suatu ketakutan kepada seseorang. Sudah pasti melibatkan keyakinan diri dan persediaan diri dalam menghadapi "interview"..

Kali ini TIPS 1, saya menyenaraikan 3 perkara berikut sebagai permulaan. Dan teruskan mengikutinya untuk Tips selanjutnya..

Dengan Kaedah DUIT - Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal

IKHLAS, TENANG DAN BERLAPANG DADA
Janganlah sesekali menjadi stress dengan diri sendiri atau istilahnya "bercakap bagi pihak orang lain". Katakan  boleh dan yakinkan diri dengan keupayaan diri. Banyakkan berDoa dan berTawakkal kepada Allah

BERSEDIA SEBELUM KE TEMPAT TEMUBUAL
Janganlah sesekali terlalu yakin dan berlagak pandai apabila menghadiri "interview". Lakukanlah ulangkaji dan tambahkanlah maklumat termasuk pengetahuan am walaupun ianya kepakaran kita. Maklumat yang banyak menunjukkan kita seorang yang bijak dan berkongsilah jika perlu dengan rakan-rakan yang turut sama hadir ke "interview". Mudah-mudahan Allah meningkatkan kefahaman kita. Teruskan berUsaha dan berIkhtiar.

JAWAB SOALAN DENGAN BIJAK
Janganlah sesekali anda meng"goreng" dengan panjang lebar dalam keadaan jawapan konkrit yang dikehendaki Panel tidak terjawab. Elakkannya supaya tidak terperangkap dengan soalan berantai selanjutnya.
Janganlah sesekali mencabar kewibawaan panel yang mana jawapan anda seolah-olah anda lebih tahu daripada panel. Pastikan anda tidak "TEWAS" dengan provokasi panel.

Semoga Bermanfaat
Terima Kasih

You May Also Like

0 comments