BUDAYA ILMU - Sejauhmana Usaha Kita

by - November 29, 2010

Sejauhmanakah nilai dalam diri kita menginginkannya dan berusaha untuk membudayakan ilmu melalui amalan belajar sepanjang hayat.

Jika kita sentiasa menyalahkan Sistem Pendidikan sahaja, sehingga bila isu ini akan berakhir kerana sistem dan dasar tersebut dibangunkan oleh manusia seperti kita juga. Sudah pasti keinginannya adalah untuk yang terbaik. Tetapi sejauhmanakah kita melaksanakannya.

Jika kita mengatakan Amalan Belajar hari ini hanya untuk Peperiksaan, masing-masing mengejar kepada keputusan A atau di universiti kini mengejar A+. Sudah pasti itulah ukuran pencapaian terbaik untuk dinilai secara statistiknya. Tetapi sejauhmanakah kita (sebagai ayah/ibu/abang/kakak/guru/pensyarah dan seumpamanya) mempelbagaikan kaedah pengajian atau mencambahkan ilmu pengetahuan.

MASJID & UNIVERSITI adalah institusi terpenting dalam membudayakan ilmu. Kepada yang diamanahkan dan mempunyai kuasa, banyakkanlah penganjuran majlis ilmu dalam mendidik masyarakat.

MASJID - perbanyakkan dan istiqamah penganjuran KULIAH MAGHRIB + KULIAH SUBUH. Jangan jadikan audien yang sedikit untuk MENIDAKKAN pelaksanaannya kerana masih ramai insan yg sentiasa mencari ruang utk menuntut ilmu khususnya berkaitan agama dan kehidupan.

UNIVERSITI - perbanyakkan dan bukan dengan paksaan penganjuran MAJLIS ILMU seperti Seminar, Diskusi, Forum, Kuliah setidak-tidaknya setiap hari sabtu dan ahad. Jangan bimbang kepada audien yang kurang kerana itulah kualiti sebenar. InsyaAllah, jika usaha kita berterusan, akan lebih ramai penuntutnya. Asas penganjurannya adalah jangan campur adukkan dengan birokrasi dan protokol majlis yang akhirnya pengisian bukan lagi perkara utama.

Renung-renungkanlah. Tinggalkan komen untuk percambahan idea dan perkongsian pengalaman

Salam Ikhlas, Zulfadli Jusoh

You May Also Like

0 comments