• UTAMA
  • TENTANG SAYA
    • AIA TAKAFUL LIFE PLANNER
    • PENCAPAIAN & ANUGERAH
  • PELAN TAKAFUL
    • PERLINDUNGAN PERUBATAN
    • SIMPANAN & PELABURAN
    • PERLINDUNGAN HAYAT
  • TIM KAMI
  • HUBUNGI SAYA
    • BORANG SEBUT HARGA
Hak Cipta Terpelihara Zulfadli Jusoh 2019. Powered by Blogger.
facebook instagram twitter

Zulfadli Jusoh

Sejauhmanakah nilai dalam diri kita menginginkannya dan berusaha untuk membudayakan ilmu melalui amalan belajar sepanjang hayat.

Jika kita sentiasa menyalahkan Sistem Pendidikan sahaja, sehingga bila isu ini akan berakhir kerana sistem dan dasar tersebut dibangunkan oleh manusia seperti kita juga. Sudah pasti keinginannya adalah untuk yang terbaik. Tetapi sejauhmanakah kita melaksanakannya.

Jika kita mengatakan Amalan Belajar hari ini hanya untuk Peperiksaan, masing-masing mengejar kepada keputusan A atau di universiti kini mengejar A+. Sudah pasti itulah ukuran pencapaian terbaik untuk dinilai secara statistiknya. Tetapi sejauhmanakah kita (sebagai ayah/ibu/abang/kakak/guru/pensyarah dan seumpamanya) mempelbagaikan kaedah pengajian atau mencambahkan ilmu pengetahuan.

MASJID & UNIVERSITI adalah institusi terpenting dalam membudayakan ilmu. Kepada yang diamanahkan dan mempunyai kuasa, banyakkanlah penganjuran majlis ilmu dalam mendidik masyarakat.

MASJID - perbanyakkan dan istiqamah penganjuran KULIAH MAGHRIB + KULIAH SUBUH. Jangan jadikan audien yang sedikit untuk MENIDAKKAN pelaksanaannya kerana masih ramai insan yg sentiasa mencari ruang utk menuntut ilmu khususnya berkaitan agama dan kehidupan.

UNIVERSITI - perbanyakkan dan bukan dengan paksaan penganjuran MAJLIS ILMU seperti Seminar, Diskusi, Forum, Kuliah setidak-tidaknya setiap hari sabtu dan ahad. Jangan bimbang kepada audien yang kurang kerana itulah kualiti sebenar. InsyaAllah, jika usaha kita berterusan, akan lebih ramai penuntutnya. Asas penganjurannya adalah jangan campur adukkan dengan birokrasi dan protokol majlis yang akhirnya pengisian bukan lagi perkara utama.

Renung-renungkanlah. Tinggalkan komen untuk percambahan idea dan perkongsian pengalaman

Salam Ikhlas, Zulfadli Jusoh
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
"INTERVIEW" kadangkala menjadi suatu ketakutan kepada seseorang. Sudah pasti melibatkan keyakinan diri dan persediaan diri dalam menghadapi "interview"..

Kali ini TIPS 1, saya menyenaraikan 3 perkara berikut sebagai permulaan. Dan teruskan mengikutinya untuk Tips selanjutnya..

Dengan Kaedah DUIT - Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal

IKHLAS, TENANG DAN BERLAPANG DADA
Janganlah sesekali menjadi stress dengan diri sendiri atau istilahnya "bercakap bagi pihak orang lain". Katakan  boleh dan yakinkan diri dengan keupayaan diri. Banyakkan berDoa dan berTawakkal kepada Allah

BERSEDIA SEBELUM KE TEMPAT TEMUBUAL
Janganlah sesekali terlalu yakin dan berlagak pandai apabila menghadiri "interview". Lakukanlah ulangkaji dan tambahkanlah maklumat termasuk pengetahuan am walaupun ianya kepakaran kita. Maklumat yang banyak menunjukkan kita seorang yang bijak dan berkongsilah jika perlu dengan rakan-rakan yang turut sama hadir ke "interview". Mudah-mudahan Allah meningkatkan kefahaman kita. Teruskan berUsaha dan berIkhtiar.

JAWAB SOALAN DENGAN BIJAK
Janganlah sesekali anda meng"goreng" dengan panjang lebar dalam keadaan jawapan konkrit yang dikehendaki Panel tidak terjawab. Elakkannya supaya tidak terperangkap dengan soalan berantai selanjutnya.
Janganlah sesekali mencabar kewibawaan panel yang mana jawapan anda seolah-olah anda lebih tahu daripada panel. Pastikan anda tidak "TEWAS" dengan provokasi panel.

Semoga Bermanfaat
Terima Kasih
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
UTHM, 10 - 13 MEI 2010, Bermulalah saat indah kerana berjaya akhirnya dengan izin Allah untuk penulis menghadiri Bengkel Penulisan Manuskrip Buku yang mana dianjurkan oleh Pejabat Penerbit UTHM dan dikendalikan oleh Akademi Penulis Sdn. Bhd. Setelah sekian lama, bakat ini mula digerakkan sejak awal (dibangku sekolah rendah), penulis mula menulis cerpen/puisi (kurang pasti) dan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh RTM Terengganu dan alhamdulillah berjaya tetapi kedudukan nombor berapa juga lupa. Dan yang paling sedihnya, penulis tidak tahu di mana letaknya HADIAH (sebuah buku). 

Dengan semangat dan iltizam, alhamdulillah penulis berjaya menyiapkan 2 proposal buku yang saling berkaitan untuk dijadikan sebagai Buku Pertama yang akan diterbitkan. Terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Fauzul atas bimbingan yang sangat mudah, jeklas dan berinformasi. Apa yang penting sekarang ini adalah komitmen dan istiqomah dalam usaha menyiapkan nukilan pertama ini. Dan selanjutnya, kemahiran semakin mudah untuk digilap dan setelah permulaan yang memuaskan hati, pasti akan menyusul karya selanjutnya. Ayuh rakan-rakan, bersama-samalah kita mewarnai Dunia Penulisan. Sekurang-kurangnya kita menyumbang kepada masyarakat melalui pendidikan secara berhikmah. Dalam pada itu, kita juga sedang melaksanakan Pesanan Rasulullah tentang amalan/bekal akhirat yang bermanfaat untuk kita dan seluruh masyarakatnya.


Selamat berkarya dan selamat mencurahkan idea kepakaran untuk kepentingan sejagat. Ingatlah bahawa, setiap huruf yang dicantum akan membentuk perkataan, setiap perkataan yang digabungkan akan membentuk ayat dan selanjutnya setiap ayat yang disambung akan membentuk sebuah bab. Maka telah terhasillah sifat sebuah buku. Tinggal kita melengkapkannya dengan meneruskan usaha tersebut.

Salam Karya Minda 7
Zulfadli Jusoh
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

AIA TAKAFUL LIFE PLANNER

About Me

"Sentiasalah BERFIKIR, BERSUARA dan BERTINDAK secara Profesional dan Rasional"

Follow Us

  • twitter
  • instagram
  • facebook

PELAN TAKAFUL

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Perubatan
  • Simpanan dan Pelaburan

Tips Dan Info

  • Motivasi Hijrah
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Program
  • Tips Kesihatan

Personal

  • Aktivis
  • Kempen Derma Darah

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
  • ►  2015 (1)
    • ►  May (1)
  • ▼  2010 (3)
    • ▼  November (2)
      • BUDAYA ILMU - Sejauhmana Usaha Kita
      • TIPS 1 : Mudahnya Hadiri "Interview"
    • ►  May (1)
      • BENGKEL PENULISAN BUKU.. TQ Tuan Fauzul

TETAMU

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates