• UTAMA
  • TENTANG SAYA
    • AIA TAKAFUL LIFE PLANNER
    • PENCAPAIAN & ANUGERAH
  • PELAN TAKAFUL
    • PERLINDUNGAN PERUBATAN
    • SIMPANAN & PELABURAN
    • PERLINDUNGAN HAYAT
  • TIM KAMI
  • HUBUNGI SAYA
    • BORANG SEBUT HARGA
Hak Cipta Terpelihara Zulfadli Jusoh 2019. Powered by Blogger.
facebook instagram twitter

Zulfadli Jusoh

Percaya tak yang kita lebih rasa seronok apabila kita berjaya me laksanakan sesuatu dengan MINAT kerana pastinya usaha kita lebih bersungguh²
Dalam masa yang sama jangan dilupa BAKAT yang kita miliki.. Kenali potensi diri kita, pasti MAMPU untuk kita gilap BAKAT bersama MINAT.. Hasilnya kebaboom.. InsyaAllah
‪#‎MotivasiHijrahDiri‬
‪#‎MotivasiHijrahKerjaya‬
‪#‎TakafulMampuBayar‬
‪#‎BakatdanMinat‬


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dalam keadaan sekarang, merancang kehidupan khususnya keperluan KEWANGAN amatlah penting.. Asas utama adalah jangan sampai perbelanjaan melebihi pendapatan.. Yang penting juga SIMPANAN untuk masa depan dan masa kecemasan, contohnya keperluan PERUBATAN

NAK TUNGGU DULU LAH !!!
Sampai bila? Kos hidup dan perubatan makin meningkat.. Begitu juga risiko kehidupan makin tinggi, maka caruman TAKAFUL pun menjadi makin tinggi

Nak MURAH bertindaklah dan sertailah SEKARANG.. Saya sedia membantu anda

#MotivasiHijrahDiri
#MotivasiHijrahKerjaya
#TakafulMampuBayar
#MedicalCard
#HidupSejahtera



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pastinya kehadiran anak² akan menggembirakan hati dan perasan kita.. Dan kita akan berusaha untuk berikan yang terbaik termasuklah baju yang cantik, tempat tidur dan bermain yang selesa.. Malah seekor nyamuk pun kita sebolehnya takkan kita biarkan menggigitnya

Namun, sudahkah kita merancang kewangan keluarga kita khususnya perlindungan TAKAFUL merangkumi pelan perubatan dan pendidikan? Kita percaya bahawa "nilai kehidupan" adalah apabila saling menghargai dengan kasih sayang

#MotivasiHijrahDiri
#MotivasiHijrahKerjaya
#TakafulMampuBayar
#MedicalCard
#Malaysia

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pertama kali melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang 22km jaraknya boleh diukur.. Namun perjalanan kehidupan kita tidak boleh diramal kerana ianya ketentuan Allah S.W.T.. Walaubagaimana pun Allah menilai setiap usaha dan DOA kita kepadaNYA

KEMATIAN adalah pasti, cuma bagaimana dan bila atas kehendak Maha Pencipta.. Bagaimana persediaan amalan kita dan perancangan kewangan Keluarga kita

#MotivasiHijrahDiri
#MotivasiHijrahKerjaya
#TakafulMampuBayar
#IpohPerak

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Jangan mengelak daripada membayar cukai pendapatan.. Tetapi kita boleh mendapat penolakan cukai, pelepasan cukai atau rebat cukai melalui kaedah² yang dibenarkan.. Antaranya

(1) Pembayaran Zakat Pendapatan bagi Muslim dengan memilih Amil Bertauliah yang mengeluarkan resit rasmi yang diiktiraf

(2) Pembayaran Sumbangan TAKAFUL (Insurans)
- perlindungan hayat & KWSP sehingga RM6,000 setahun
- pendidikan dan perubatan sehingga RM3,000 setahun

#MotivasiHijrahDiri
#MotivasiHijrahKerjaya
#JomBayarZakat
#TakafulMampuBayar
#MedicalCard
#Malaysia
#Perak
#Terengganu
#Kedah
#Johor

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

KEHIDUPAN kita pasti diwarnai suka dan duka, ada ketikanya indahnya kenangan kita untuk dingati.. Tetapi ada juga saat peritnya dilalui oleh kita untuk diinsafi.. Berdoa, Berusaha, Berikhtiar dan Bertawakkal.

Kos perubatan ditanggung, pampasan perlindungan sebagai survival dan juga berpeluang menyumbang saham akhirat, InsyaAllah.. Takaful pilihan saya dan anda

#MotivasiHijrahDiri
#MotivasiHijrahKerjaya
#TakafulMampuBayar
#MedicalCard
#IpohPerak
#MeruRaya

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

"INTERVIEW" kadangkala menjadi suatu ketakutan kepada seseorang. Sudah pasti melibatkan keyakinan diri dan persediaan diri dalam menghadapi "interview"..

Bersambung TIPS 2, saya menyenaraikan 5 perkara yang perlu diperbetul yang seringkali menjadi kesalahan apabila membuat permohonan kerja melalui EMEL. Dan teruskan mengikutinya untuk Tips selanjutnya..

Dengan Kaedah DUIT - Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal




(1) ALAMAT EMEL PROFESIONAL

KESALAHAN : menggunakan alamat EMEL yang tidak profesional seperti "idacomel90@yahoo.com", "black_0786@gmail.com" dan sebagainya. 

Sebaiknya "create" satu alamat emel bagi tujuan urusan rasmi dengan menggunakan nama penuh

CONTOH : 
muhammad.farid@gmail.com
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com

ahmadkamalhassan@hotmail.com  

(2) NAMA FAIL "ATTACHMENT"

KESALAHAN : Menghantar "attachment" yang mana nama failnya kurang sesuai seperti, "aku punyer", "resume baru", "A34527" dan banyak lagi

Pastikan nama fail ditulis dengan jelas dan memudahkan rujukan penerima

CONTOH :
(1) RESUME_muhammad farid

(2) borang pengesahan latihan industri_nur nadia mustaffa

(3) RUANGAN "SUBJECT" DIISI

KESALAHAN : Ruangan "Subject" tidak diisi atau tidak jelas seperti, "mohon pekerjaan", "mohon keje engineer" dan sebagainya

Seharusnya gunakanlah perkataan rasmi dan ayat yang lengkap

CONTOH
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC  

(4) RUANGAN EMEL DIISI


KESALAHAN : Ruangan emel yang kosong serta tiada "SIGNATURE" atau penggunaan ayat yang kurang sesuai seperti tanpa ucapan salam atau kata panggilan hormat



Seharusnya emel yang dihantar dengan "attachment", perlu juga menulis sekurang-kurangnya 7 patah perkataan dan "signature“

CONTOH 1 :
Tuan, 
Dilampirkan RESUME untuk pertimbangan
Yang benar,
AHMAD KAMAL HASSAN
012-3456789
ahmadkamalhassan@hotmail.com 

Tetapi adalah lebih baik jika ianya lengkap dengan tujuan emel dihantar sebab penerima bukan sahaja menerima emel anda serta bukan sahaja tawaran kerja itu membuatkannya menanti permohonan 

SERTA "setting signature" siap-siap pada emel supaya "auto generated”

CONTOH 2 :

Tuan,
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, saya NUR NADIA BINTI MUSTAFFA sepertimana lampiran resume berminat untuk memohon jawatan Jurutera Elektrik di syarikat ABC sepertimana tawaran yang diiklankan di akhbar Berita Harian.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan berdasarkan kemampuan saya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
NUR NADIA BINTI MUSTAFFA
019-8765432
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com

(5) TIDAK "FORWARD" EMEL

KESALAHAN : Menghantar emel dengan hanya "FORWARD" emel yang dihantar ke syarikat lain

Sebaiknya "edit" terlebih dahulu supaya menunjukkan tumpuan kita kepada syarikat yang dihantar serta tidak menggambarkan kita telah menghantar permohonan ke banyak syarikat lain.

Semoga Bermanfaat dan Kongsilah Kepada Rakan-Rakan

Salam Hormat
ZULFADLI JUSOH

~ catatan di atas adalah berdasarkan pemerhatian peribadi penulis sepanjang menuntut ilmu, menjadi pemimpin pelajar dan juga berkhidmat sebagai pegawai tadbir di universiti awam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

AIA TAKAFUL LIFE PLANNER

About Me

"Sentiasalah BERFIKIR, BERSUARA dan BERTINDAK secara Profesional dan Rasional"

Follow Us

  • twitter
  • instagram
  • facebook

PELAN TAKAFUL

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Perubatan
  • Simpanan dan Pelaburan

Tips Dan Info

  • Motivasi Hijrah
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Program
  • Tips Kesihatan

Personal

  • Aktivis
  • Kempen Derma Darah

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  July (1)
      • Pengalaman Sendiri Menggunakan AIA Family Medical ...
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
  • ►  2015 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)

TETAMU

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates