• UTAMA
  • TENTANG SAYA
    • AIA TAKAFUL LIFE PLANNER
    • PENCAPAIAN & ANUGERAH
  • PELAN TAKAFUL
    • PERLINDUNGAN PERUBATAN
    • SIMPANAN & PELABURAN
    • PERLINDUNGAN HAYAT
  • TIM KAMI
  • HUBUNGI SAYA
    • BORANG SEBUT HARGA
Hak Cipta Terpelihara Zulfadli Jusoh 2019. Powered by Blogger.
facebook instagram twitter

Zulfadli Jusoh

IPOH, 21 Jun, keluar rumah menuju ke D' Hotel, Seri Iskandar untuk berbuka puasa bersama keluarga dan "check-in" memandangkan esoknya cuti umum (Nuzul Qur'an).. Sebelum bertolak lagi merasakan Syahmi kelihatannya kurang sihat tetapi gayanya masih sihat seperti biasa cuma nampak sedikit sukar bernafas dan saya jangkakan mungkin perlukn ubat batuk dan selsema adalah memadai.. Jadinya pergi ke Klinik Redza dan tanpa dijangka doktor buat surat "refer" ke hospital.
Keputusan segera dibuat dan kami sekeluarga terpaksa "check-out" hotel pukul 10.00mlm dan setelah hantar ahli keluarga di rumah, saya bersama Syahmi menuju ke Hospital Pantai Ipoh, Perak dan kami berdua "check-in" di sana dalam situasi masih risau kerana tidak "standby" duit sebab memang tahu kos perubatannya tinggi termasuk deposit dan sebagainya walaupun kami ada "medical card" masing² untuk enam beranak.

Ternyata apa yang lebih merisaukan adalah keadaan Syahmi dan bersedia untuk buat apa sahaja berkaitan kewangan jika diperlukan. Namun apabila uruskan "admission", "medical card" Syahmi di "swipe" dan pegawai kaunter berkata, "pemegang kad AIA, kami tak ambil deposit ye", Alhamdulillah sebab Hospital Pantai Ipoh, Perak sudah berstatus Hospital Premium AIA.. Dan rawatan diterima dengan tenang melalui prosedur X-Ray dan "consultation" dengan doktor pakar, Dr Cheong yang ternyata peramah dan profesional.


Bermulalah pengalaman pertama kami yang mengujakan dan mungkin bagi yang tidak pernah ke hospital swasta tidak merasakan suasana berbeza berbanding hospital kerajaan yang lebih ramai pesakit yang memerlukan rawatan. Sehari ke sehari keadaan Syahmi bertambah baik khususnya paru² nya yang dijangkiti kuman yang menyebabkan kesukaran bernafas. 

Hinggalah ke hari Isnin, 27 Jun 2016, kami dibenarkan untuk discaj dan sudah pasti sekali lagi debaran menanti bil yang sudah pasti mencecah ribuan ringgit setelah hampir seminggu "warded" dengan keadaannya sangat selesa dari segi prosedur rawatan, ruang, makanan dan sebagainya. Terkejut tengok bil berjumlah RM5,612.88 tetapi menarik nafas lega kerana ditanggung penuh oleh AIA Public Takaful Berhad. Syukur padaMU Ya Allah dan terima kasih AIA. Tiada ko-takaful (10% ke atas jumlah kos) bermakna satu sen pun saya tak perlu keluarkan.

MASUK hospital dengan tenang dan KELUAR hospital dengan tenang menjadi terapi juga untuk kesihatan Syahmi sebagai pesakit dan saya sebagai penjaga 24jam bersamanya.

Anda juga mahukannya? Saya sedia membantu.. PERCUMA khidmat nasihat dalam merancang keperluan kewangan.. InsyaAllah.. Hubungi saya SEGERA, bertindak sebelum SAKIT.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

AIA TAKAFUL LIFE PLANNER

About Me

"Sentiasalah BERFIKIR, BERSUARA dan BERTINDAK secara Profesional dan Rasional"

Follow Us

  • twitter
  • instagram
  • facebook

PELAN TAKAFUL

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Perubatan
  • Simpanan dan Pelaburan

Tips Dan Info

  • Motivasi Hijrah
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Program
  • Tips Kesihatan

Personal

  • Aktivis
  • Kempen Derma Darah

recent posts

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  July (1)
      • Pengalaman Sendiri Menggunakan AIA Family Medical ...
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
  • ►  2015 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)

TETAMU

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates