• UTAMA
  • TENTANG SAYA
    • AIA TAKAFUL LIFE PLANNER
    • PENCAPAIAN & ANUGERAH
  • PELAN TAKAFUL
    • PERLINDUNGAN PERUBATAN
    • SIMPANAN & PELABURAN
    • PERLINDUNGAN HAYAT
  • TIM KAMI
  • HUBUNGI SAYA
    • BORANG SEBUT HARGA
Hak Cipta Terpelihara Zulfadli Jusoh 2019. Powered by Blogger.
facebook instagram twitter

Zulfadli Jusoh


"INTERVIEW" kadangkala menjadi suatu ketakutan kepada seseorang. Sudah pasti melibatkan keyakinan diri dan persediaan diri dalam menghadapi "interview"..

Bersambung TIPS 2, saya menyenaraikan 5 perkara yang perlu diperbetul yang seringkali menjadi kesalahan apabila membuat permohonan kerja melalui EMEL. Dan teruskan mengikutinya untuk Tips selanjutnya..

Dengan Kaedah DUIT - Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal




(1) ALAMAT EMEL PROFESIONAL

KESALAHAN : menggunakan alamat EMEL yang tidak profesional seperti "idacomel90@yahoo.com", "black_0786@gmail.com" dan sebagainya. 

Sebaiknya "create" satu alamat emel bagi tujuan urusan rasmi dengan menggunakan nama penuh

CONTOH : 
muhammad.farid@gmail.com
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com

ahmadkamalhassan@hotmail.com  

(2) NAMA FAIL "ATTACHMENT"

KESALAHAN : Menghantar "attachment" yang mana nama failnya kurang sesuai seperti, "aku punyer", "resume baru", "A34527" dan banyak lagi

Pastikan nama fail ditulis dengan jelas dan memudahkan rujukan penerima

CONTOH :
(1) RESUME_muhammad farid

(2) borang pengesahan latihan industri_nur nadia mustaffa

(3) RUANGAN "SUBJECT" DIISI

KESALAHAN : Ruangan "Subject" tidak diisi atau tidak jelas seperti, "mohon pekerjaan", "mohon keje engineer" dan sebagainya

Seharusnya gunakanlah perkataan rasmi dan ayat yang lengkap

CONTOH
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC  

(4) RUANGAN EMEL DIISI


KESALAHAN : Ruangan emel yang kosong serta tiada "SIGNATURE" atau penggunaan ayat yang kurang sesuai seperti tanpa ucapan salam atau kata panggilan hormat



Seharusnya emel yang dihantar dengan "attachment", perlu juga menulis sekurang-kurangnya 7 patah perkataan dan "signature“

CONTOH 1 :
Tuan, 
Dilampirkan RESUME untuk pertimbangan
Yang benar,
AHMAD KAMAL HASSAN
012-3456789
ahmadkamalhassan@hotmail.com 

Tetapi adalah lebih baik jika ianya lengkap dengan tujuan emel dihantar sebab penerima bukan sahaja menerima emel anda serta bukan sahaja tawaran kerja itu membuatkannya menanti permohonan 

SERTA "setting signature" siap-siap pada emel supaya "auto generated”

CONTOH 2 :

Tuan,
PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURUTERA ELEKTRIK DI SYARIKAT ABC
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa, saya NUR NADIA BINTI MUSTAFFA sepertimana lampiran resume berminat untuk memohon jawatan Jurutera Elektrik di syarikat ABC sepertimana tawaran yang diiklankan di akhbar Berita Harian.
Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan permohonan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan berdasarkan kemampuan saya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
NUR NADIA BINTI MUSTAFFA
019-8765432
nur_nadia_mustaffa@yahoo.com

(5) TIDAK "FORWARD" EMEL

KESALAHAN : Menghantar emel dengan hanya "FORWARD" emel yang dihantar ke syarikat lain

Sebaiknya "edit" terlebih dahulu supaya menunjukkan tumpuan kita kepada syarikat yang dihantar serta tidak menggambarkan kita telah menghantar permohonan ke banyak syarikat lain.

Semoga Bermanfaat dan Kongsilah Kepada Rakan-Rakan

Salam Hormat
ZULFADLI JUSOH

~ catatan di atas adalah berdasarkan pemerhatian peribadi penulis sepanjang menuntut ilmu, menjadi pemimpin pelajar dan juga berkhidmat sebagai pegawai tadbir di universiti awam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

AIA TAKAFUL LIFE PLANNER

About Me

"Sentiasalah BERFIKIR, BERSUARA dan BERTINDAK secara Profesional dan Rasional"

Follow Us

  • twitter
  • instagram
  • facebook

PELAN TAKAFUL

  • Perlindungan Hayat
  • Perlindungan Perubatan
  • Simpanan dan Pelaburan

Tips Dan Info

  • Motivasi Hijrah
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan Program
  • Tips Kesihatan

Personal

  • Aktivis
  • Kempen Derma Darah

recent posts

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2016 (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
  • ▼  2015 (1)
    • ▼  May (1)
      • TIPS 2 : Mudahnya Hadiri "Interview"
  • ►  2010 (3)
    • ►  November (2)
    • ►  May (1)

TETAMU

Facebook Twitter Instagram

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates